SEORANG tawanan diangkat polis selepas diselamatkan. Inkues turut menyiasat cara polis menangani kejadian berkenaan.
SEORANG tawanan diangkat polis selepas diselamatkan. Inkues turut menyiasat cara polis menangani kejadian berkenaan.
AFP

Australia: Serpihan peluru ditembak polis dikenal pasti sebagai punca kematian seorang daripada mangsa kejadian tawanan selama 16 jam di sebuah kafe di Sydney, 15 Disember lalu.

Inkues berhubung kejadian berkenaan semalam dimaklumkan, mangsa pertama-pengurus kafe Lindt, Tori Johnson-memang dibunuh penyerang dari Iran, Man Haron Monis, 50.

Namun mangsa kedua, peguam Katrina Dawson, terbunuh akibat terkena serpihan peluru polis yang melantun.

Dalam prosiding itu, saksi memberitahu bagaimana Johnson diarah Monis supaya berlutut sebelum dia ditembak pada bahagian belakang kepalanya.

Pembunuhan itu berlaku sejurus selepas beberapa tawanan lain berjaya melarikan diri dari premis berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:06 AM