Oleh Jauhariatul Akmal Johar

Rantau Panjang: Mayat lelaki ditemui terdampar dalam keadaan terlentang dengan kaki dan tangannya diikat di tebing Sungai Golok berhampiran Pengkalan Haram Tok Ayah, Kampung Sega, di sini, malam tadi.

Mayat berkenaan ditemui anggota tentera yang sedang bertugas mengawal sempadan, pada 7.45 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati mangsa juga tiada cuping telinga kanan dan tiada tanda suntikan imunisasi Bacille Calmette-Guerin atau lebih dikenali sebagai BCG.

"Selain kaki dan tangannya diikat, kami mendapati bahagian pinggang mangsa turut diikat dengan tali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 4:19 PM