MANGSA yang cedera terbabas.
MANGSA yang cedera terbabas.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Nilai: Seorang penunggang motosikal cedera di bahagian mata, tangan, kaki dan paha apabila motosikal ditunggangi terbabas selepas melanggar kayu di tepi Jalan Mantin-Beranang, berhampiran stesen minyak, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa, Mohd Saiful Ibrahim berusia lingkungan 30-an, dalam perjalanan dari rumahnya di Mantin menuju ke tempat kerja di kelab golf di Mantin, di sini.

Setibanya di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss tidak menyedari terdapat kayu yang berada di tepi jalan dan melanggarnya.

Disebabkan itu motosikal ditunggangi mangsa terbabas dan mangsa kemudian tercampak ke dalam belukar berhampiran.

Mohd Saiful yang cedera di bahagian mata, tangan, kaki dan paha dibawa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 9:37 AM