Oleh Azma Razana Johari


Butterworth: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sedang kesan waris kanak-kanak tujuh tahun yang dikurung dan disyaki didera bapa untuk bantu siasatan kes itu.

Pengarah JKM Pulau Pinang Dr Zaitol Salleh berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kanak-kanak itu diminta tampil membantu usaha pihaknya itu.

"Kami dimaklumkan kanak-kanak itu semakin pulih selepas mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

"Kami juga akan bekerjasama dengan pihak hospital bagi memantau keadaan kesihatan kanak-kanak berkenaan," katanya.

Sementara itu Zaitol berkata, hak penjagaan kanak-kanak malang itu akan ditentukan kemudian dan akan memastikan mangsa kebajikannya sentiasa terjamin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:12 PM