Birmingham: Brendan Rodgers mempercayai kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa boleh menjadi batu lonjatan bagi kelab itu untuk mengakhiri musim ini dengan cemerlang.

Gol daripada Fabio Borini dan Rickie Lambert di Villa Park dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi memastikan kemenangan kelapan berturut-turut Liverpool.

Rodgers berkata, mereka berpeluang menjaringkan satu atau dua gol lagi tetapi perlawanan itu sangat sengit.

Formasi 3-4-3 baru yang digunakan Rodgers memberi harapan untuk pasukan itu kembali ke empat tangga teratas Liga serta kejayaan di dalam Piala Liga terutamanya ketika penemuan separuh akhir pertama melawan Chelsea, Selasa ini.

"Kami merancang untuk masa depan dan kemajuan bertambah baik dengan corak permainan cemerlang.

"Stategi terkini sangat berjaya. Kami pernah mencuba beberapa formasi tetapi formasi terkini paling menarik," katanya.

Sementara itu, pengurus Chelsea Jose Mourinho menganggap kemenangan 5-0 ke atas Swansea City sebagai prestasi 'sempurna' yang menyaksikan pasukan itu kekal di tangga teratas dengan perbezaan mata lebih luas.

Oscar dan Diego Costa masing-masing menjaringkan dua gol dan Chelsea mendahului 4-0 sebelum berakhirnya babak pertama.

Pemain ganti Andre Schurrle menambahkan satu lagi gol 11 minit sebelum tamat perlawanan di Liberty Stadium.

Namun, Mourinho menegaskan kemenangan ini tidak bermakda tugas Manchester City ketika menentang Arsenal lebih sukar.

"Seperti mereka, kami juga perlu menang setiap perlawanan. Kami tahu tanggungjawabnya," katanya.

Chelsea berada di tempat pertama liga dengan 52 mata iaitu beza lima mata dengan Manchester City.

Liverpool pula naik ke tangga ketujuh dengan 35 mata. - AFP

Keputusan penuh

Aston Villa 0-2 Liverpool

Burnley 2-3 Crystal Palace

Leicester City 0-1 Stoke

Queens Park Rangers 0-2 Manchester United

Swansea 0-5 Chelsea

Tottenham 2-1 Sunderland

Newcastle 1-2 Southampton

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 11:22 AM