PEMAIN West Ham Carl Jenkinson (kanan) berebut dengan pemain Liverpool Alberto Moreno (tengah)untuk mendapat bola pada saingan di Upton Park. FOTO EPA
PEMAIN West Ham Carl Jenkinson (kanan) berebut dengan pemain Liverpool Alberto Moreno (tengah)untuk mendapat bola pada saingan di Upton Park. FOTO EPA

London: Pengurus Liverpool Brendan Rodgers menegaskan prestasi Liverpool akan bertambah baik selepas pasukannya kalah 3-1 kepada West Ham, awal pagi ini.

Kekalahan itu adalah yang ketiga bagi Liverpool dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini. 

Liverpool bermula dengan teruk apabila Winston Reid dan Diafra Sakho masing-masing menyumbat gol pada tujuh minit pertama di Upton Park. 

Raheem Sterling mengurangkan jurang pada minit ke-26 dan Liverpool bermain dengan lebih baik pada babak kedua perlawanan.

Namun, gol ketiga West Ham oleh pemain pengganti Morgan Amalfitano dua minit sebelum masa tamat memastikan West Ham mendapat tiga mata.

Bagaimanapun, Rodgers berkata, Liverpool juga bermula dengan hambar musim lalu. 

"Walaupun kami cemerlang musim lalu, namun tahap pada awalnya tidak setanding dengan tiga atau empat bulan lalu. 

"Ramai yang bertanya jika kami dapat jaringkan gol yang mencukupi dan kami akhirnya menamatkan musim dengan 101 jaringan," katanya. 

"Bagaimanapun, tahap permainan septutnya lebih bagus hari ini. Kini, kami terpaksa menghadapi harapan yang lebih tinggi dan kami akan menunaikannya. 

Kemenangan West Ham itu adalah yang pertama di laman sendiri pada musim ini. 

Ia juga adalah satu keputusan penting bagi pengurus Sam Allardyce yang hampir dipecat sebelum musim ini bermula kerana peminat kelab itu kecewa dengan corak permainan tidak menghiburkan. 

Tiada rungutan daripada peminat West Ham selepas tamat perlawanan dan pemain baru termasuk Sakho, Amalfitano, Enner Valencia dan Alex Song bermain dengan cemerlang terutamanya Sakho, kata Allardyce. 

Kekalahan ini meletakkan Liverpool satu mata di bawah West Ham dan enam mata di belakang Chelsea yang berpeluang bertambah mata selepas saingan dengan Manchester City. - AFP 

Keputusan perlawanan lain: 

Aston Villa 0-3 Arsenal 
Burnley 0-0 Sunderland 
Newcastle 2-2 Hull 
Swansea 0 - 1 Southampton 
QPR 2 - 2 Stoke

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 September 2014 @ 8:48 PM