KASUT kanvas jenama Vans tidak ditelan zaman.
KASUT kanvas jenama Vans tidak ditelan zaman.
'RARE' jenama Lecoq Sportif .
'RARE' jenama Lecoq Sportif .
Oleh Nurul Husna Mahmud


Peminat kasut berjenama tidak perlu khuatir mengenai bajet untuk memiliki sepatu idaman mereka.

Mereka boleh membuat pilihan kasut berjenama bersama harga jauh lebih rendah dengan mengunjungi laman Butik Hujung Kaki (BHK) yang menawarkan produk sepatu terpakai berjenama popular.

Meskipun kasut berkenaan kualiti terpakai, kasut terbabit masih kelihatan baru dan sesuai buat mereka yang mahu bergaya dengan jenama terkenal pada bajet cukup rendah.

Menurut pemilik BHK, Muhammad Zamri Alias, 26, laman butiknya di Facebook mahupun Instagram mendapat sambutan menggalakkan sejak mula dibuka pada November 2013.

Katanya, kasut yang sering mendapat perhatian peminat sepatu ‘bundle’ di luar ialah jenis sniker.

“Saya sentiasa mengemaskini kasut setiap hari, terutama jenis sniker, apabila ia mendapat permintaan hangat kalangan pengunjung laman sosial BHK.

“BHK menawarkan puluhan jenama terkenal. Antaranya Nike, Adidas, Pony, Vans dan ada juga jenama jarang dikenali tetapi bermutu tinggi seperti Saucony, Timberland boats dan Lecoq Sportif.

“Harga kami tawarkan juga berpatutan antara RM50 hingga RM130 bergantung kepada jenis material, jenama dan keadaan tapak kasut dijual,” katanya.

Memaparkan pilihan ton warna pelbagai, material pelbagai juga antara faktor menarik perhatian setiap pembeli. Bagi yang berminat boleh mengunjungi laman Facebook mahupun Instagram: Butik Hujung Kaki.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:03 AM