KONSEP rekaan lebih kreatif buat pencinta fesyen.
KONSEP rekaan lebih kreatif buat pencinta fesyen.
Nurul Husna Mahmud


Tidak lengkap meraikan hari lebaran tanpa mengenakan sepatu baharu. Pilihan aksesori itu bagi meraikan hari perayaan, tentu saja pencarian dapat memenuhi rekaan terkini selain selesa digayakan.

Lebih istimewa andai rekaan kasut digayakan memenuhi personaliti pemakainya. Itu ciri menarik mengenai jenama sepatu kulit tersohor Obermain apabila mengeluarkan rekaan sepatu berdasarkan karakter pemakainya.

Menurut Pengurus Penjenamaan Produk Kasut dan Aksesori Transmarco Sdn Bhd, Zoey Tong, jenama berkenaan hadir dengan konsep ‘Life Is’ yang bersesuaian dengan kempen musim perayaan ini, sekali gus membuktikan komitmen terhadap pemakainya menerusi rekaan relevan melangkau peringkat umur dan persekitaran.

“Kami tidak fokus hanya pada satu genre kerana jenama Obermain senantiasa menampilkan tiga seleksi serentak mengikut gaya hidup mahupun personaliti mereka.

“Karisma ditujukan kepada mereka berani serta lebih ‘up-to-date’ mengenai rekaan. Kalau lihat dalam seleksi terbabit, material kulit cetakan bercorak bersama paduan pilihan warna lebih terang serta jahitan di luar kasut. Menjadi pilihan sesuai untuk penampilan meraikan keramaian mahupun perayaan.

“Heritage pula buat mereka lebih lasak serta gemarkan aktiviti luar. Jadi buatan serta tekstur kasut lebih kasar tetapi terperinci membuatkan ketahanan sepatu ini menjadi keutamaan.

“Mewakili personaliti kumpulan konservatif selesa dengan stail ‘selamat’, koleksi kasut Classic sesuai kerana rekaan lebih sederhana,” katanya yang juga menunjukkan konsep kedai yang lebih segar mengikut koleksi kasut.

Selain reka bentuk serta perincian membuatkan jenama itu istimewa, keselesaan masih menjadi keutamaan apabila inovasi Reflex Zone Bed yang merangsang lima titik akunpuntur di bahagian tapak memberi kesihatan seluruh badan setiap kali menapak dengan seleksi terbabit.

Bagi yang berminat mendapatkan koleksi terbabit boleh melayari laman www.obermain.com.my atau facebook Obermai Malaysia untuk mengetahui lokasi kedai jenama berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:02 AM