Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Bekas Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas empat pertuduhan rasuah.

Tertuduh Azahar Ahmad, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Azhar dituduh meminta suapan keseluruhan RM8,500 daripada seorang kontraktor di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tahun lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Februari ini sebagai sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Ghazali Mohamad Nadzri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 12:22 PM