ANGGOTA Bomba dan Penyelamat yang terbabit dalam latihan bencana kemalangan anjuran Majlis Keselamatan Negara di Georgetown, Disember lalu. FOTO Mohd Kamil Rahim
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat yang terbabit dalam latihan bencana kemalangan anjuran Majlis Keselamatan Negara di Georgetown, Disember lalu. FOTO Mohd Kamil Rahim
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Panggilan palsu yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPPP) didapati meningkat sebanyak 100 peratus tahun lalu.

Pengarah JBPPP Azmi Tammat berkata, hasil daripada siasatan pihaknya mendapati panggilan itu dilakukan seorang wanita yang mempunyai masalah mental selain kanak-kanak.

Menurutnya, tahun lalu pihaknya menerima 115 panggilan palsu berbanding tahun sebelumnya iaitu 54 panggilan.

"Kita dapati panggilan itu kebanyakan dilakukan secara berulang oleh seorang wanita yang didapati mempunyai masalah mental.

"Siasatan kita juga mendapati wanita terbabit kerap menukar telefom bimbitnya semata-mata untuk mengganggu anggota bomba dan memberi maklumat palsu," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Bagan Jermal, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 12:31 PM