LELAKI berusia 62 tahun yang meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di bukit berhampiran Taman Belia, Tanjung Tokong di sini. FOTO ihsan JBPM
LELAKI berusia 62 tahun yang meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di bukit berhampiran Taman Belia, Tanjung Tokong di sini. FOTO ihsan JBPM
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Lelaki ditemukan meninggal dunia ketika mendaki bukit berhampiran Taman Belia, Tanjung Tokong, di sini, hari ini.

Mangsa, Wong Kai Lee, 62, dari Jalan Logan, di sini, disahkan meninggal dunia oleh pasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.45 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Ketika tiba di lokasi, mangsa yang berada pada kedudukan antara Stesen 3 hingga Stesen 5 bukit itu ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 2:21 PM