LORI yang membawa kren yang tersangkut pada papan tanda di hadapan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam. FOTO Shazreen Zamzuri
LORI yang membawa kren yang tersangkut pada papan tanda di hadapan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam. FOTO Shazreen Zamzuri
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam:Treler yang membawa kren merempuh papan tanda di persimpangan Batu Tiga, Lebuh raya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang, petang tadi.

Kejadian kira-kira 3 petang itu, menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tiga kilometer di lebuh raya berkenaan.

Pemandu treler berkenaan dikenali sebagai Mat, 40, berkata, beliau membawa kren untuk dihantar ke tapak pembinaan di laluan bersebelahan lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu disebabkan terdapat bahagian pada kren yang di bawa melebihi ketinggian papan tanda berkenaan sehingga menyebabkan ia tersangkut.

"Saya tidak sangka kren yang di bawa tidak dapat melepasi papan tanda berkenaan namun bersyukur kerana tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya ketika ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 6:24 PM