KREN  tergelincir selepas tersangkut pada jejambat di Jalan Tuanku Abdul Halim.
KREN tergelincir selepas tersangkut pada jejambat di Jalan Tuanku Abdul Halim.
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Laluan Jalan Tuanku Abdul Halim sesak jam 11 malam kelmarin, apabila sebuah kren tergelincir di jalan selepas tersangkut pada jejambat berhampiran Terminal Bas Hentian Duta.

Terdahulu, treler pengangkut kren terbabit cuba melalui jalan di bawah jejambat berkenaan sebelum kren itu tersangkut.

Ketua Pengurusan Operasi dan Menyelamat Balai Bomba Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, sepasukan anggota dan jentera dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba, kami dapati kren terbabit menghalang lalu lintas dan pemandu treler pengangkut pula menunggu bantuan kontraktor untuk mengalihkan kren berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati berlaku sedikit tumpahan minyak sebelum ia dibersihkan menggunakan serbuk kayu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan aliran lalu lintas dapat dikawal dengan baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 5:37 AM