KEADAAN treler dihempap papan tanda di Putrajaya.
KEADAAN treler dihempap papan tanda di Putrajaya.
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya:Seorang pemandu nyaris maut apabila treler membawa pengorek lubang yang dipandunya melanggar papan tanda setinggi lima meter di KM 2.4 Persiaran Timur, di sini.

Kejadian kira-kira 2.40 petang itu menyebabkan papan tanda jatuh menghempap kepala treler berkenaan.

Pemandu treler Rafi Udin, 40 berkata, ketika itu dia dalam perjalanan membawa mesin pengorek lubang dari Presint 16 untuk ke tapak projek di Presint 17.

"Saya sudah menekan brek selepas didapati mesin pengorek yang dibawa mungkin tidak dapat lepas dari papan tanda berkenaan, tetapi disebabkan keadaan jalan yang menurun treler terus bergerak.

"Akibatnya mesin pengorek yang dibawa merempuh papan tanda dan menghempap kepala lori. Saya terkejut dan terus keluar dari lori untuk menyelamatkan diri,"katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, sebentar tadi.

Ketika ini, kerja mengalihkan papan tanda sedang giat dilakukan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 4:35 PM