EV TING.
EV TING.
 ATLET seni bela diri campuran negara, Ann Osman sewaktu pertemuan bersama media di Sri Petaling.
ATLET seni bela diri campuran negara, Ann Osman sewaktu pertemuan bersama media di Sri Petaling.

Peminat seni bela diri kickboxing dan muay thai pasti teruja apabila acara yang dibawa ONE Fighting Championship (ONE FC) kini kembali ke Kuala Lumpur Jumaat ini.

Dengan tema 'Roar Of Tigers,' kejohanan ONE FC itu bakal menemui penonton di Stadium Putra, Kuala Lumpur.

Pertarungan di antara 'Ruthless' Rob Lisita dan juara kickboxing Russia, Marat Gafurov menjanjikan aksi menarik.

Kali terakhir Lisita bertarung di acara ONE FC: War Of Dragons dengan peserta Filipina, Eric 'The Natural' Kelly.

Sementara, Gafurov yang mempunyai rekod kemenangan sembilan kali dan tidak pernah kalah, sibuk mendominasi lawannya dalam perlawanan lain.

Atlet negara turut mengambil bahagian bagi mengharumkan nama negara menerusi Peter Davis, atlet seni bela diri campuran yang sudah lama meletakkan namanya sebaris dengan bakat luar negara.

Davis bakal bertemu Vaughn 'The Spawn' Donayre yang mewakili Filipina. Kali terakhir, Donayre dikalahkan oleh Mohammed Walid pada acara ONE FC di Dubai. Sebelumnya, dia turut kalah kepada Gokhan Turkyilmaz. Kini, Donayre bakal diuji menerusi pertemuannya dengan Davis.

Seorang lagi atlet negara, Ev Ting turut dipertemukan dengan seteru dari Filipina manakala, Ann 'Athena' Osman satu-satunya peserta wanita dan pertama negara yang turut mencabar pejuang dari seluruh dunia.

Ann muncul bintang apabila berjaya menundukkan Juara Boxing Wanita Dunia, Ana 'The Hurricane' Julaton dalam ONE FC: Reign Of Champions di Dubai.

Pengarah Perhubungan Awam ONE FC, Loren Mack berkata, kejuaraan yang bakal menemui penonton seni bela diri campuran pada Jumaat ini dianggap yang terbesar di Asia.

"Keseluruhan perlawanan berlangsung selama tiga jam, menyaksikan 18 atlet bertemu dalam sembilan perlawanan.

"Perlawanan itu turut disiarkan ke seluruh dunia menerusi saluran TV9 dan Fox Sports," katanya.

Selepas ini, acara diadakan di Beijing, China pada 31 Oktober, Singapura (11 November) dan Manila, Filipina pada 5 Disember.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:05 AM