Oleh Ismeth Syah Hamdan


Kuala Lumpur: Tiga daripada enam peserta Malaysia mengharumkan nama negara dengan meraih kemenangan dalam kejohanan One Fighting Championship (ONE FC) yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, minggu lalu.

Dalam perlawanan kategori flyweight wanita, peserta tunggal negara, Ann Osman sekali lagi mengukir kejayaan dengan mengalahkan bekas juara kickboxing dari Mesir, Aya Saeid Saber dengan pengadil memberhentikan perlawanan pusingan pertama ketika aksi berusia 3 minit 15 saat.

Aya yang memiliki enam rekod dalam perlawanan seni mempertahankan diri campuran (MMA) profesional cuba memberi tentangan dan serangan balas, namun skil pertahanan kuat dan pengalaman Ann dalam seni mempertahankan diri Brazil yang dikenali sebagai BJJ membolehkannya mengawal keseluruhan perlawanan.

"Aya seorang lawan yang memiliki tumbukan padu serta kelebihan tangan panjang, tapi saya menampilkan asakan dengan gabungan tumbukan dan sepakan untuk menjatuhkannya," katanya.

Ann yang dilatih AJ 'Pyro' Lias Mansor berkata, kesibukan menguruskan perniagaan sendiri menyebabkannya hanya mempunyai masa empat minggu untuk membuat persediaan bagi menghadapi Aya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 5:03 AM