Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor (dua dari kanan) bersama Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Perlaksanaan PERKIM, Mamat Che Chik (kanan) menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Rohingya di Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh. FOTO Khairul Azry Bidin

Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur : Seramai 100 orang pelarian Rohingya menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di sini, petang ini.

Ia berupa keperluan asas seperti makanan dan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai untuk maayarakat Rohingya khususnya di sekitar ibu negara.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, ia adalah inisiatif diambil pertubuhan itu untuk membantu golongan memerlukan atas nama agama.

Katanya, selain sumbangan seperti itu, pihaknya juga membantu pelarian Rohingya melalui Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya di Pandan Indah khusus untuk memastikan mereka mendapat ilmu dan tidak ketinggalan.

"Kita terbabit sejak awal dan mengikuti secara dekat perkembangan krisis di Arakan dan terpanggil untuk membantu. PERKIM jaga kebajikan dan bantu mereka yang hendak belajar agama. Kita tak mampu buat semua, sekadar yang kita boleh, tetapi mereka tetap perlu dibantu,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 5:42 PM