NIK Mohamad Abduh (tiga kiri) bersama Muhammad Khalil (dua kiri) di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58. FOTO Sharul Hafiz Zam
NIK Mohamad Abduh (tiga kiri) bersama Muhammad Khalil (dua kiri) di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58. FOTO Sharul Hafiz Zam
Aizat Sharif


Alor Setar: Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi diisytiharkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019 selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan sayap parti berkenaan.

Muhammad Khalil yang juga anak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggantikan bekas ketuanya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatannnya bagi memberi laluan kepada muka baharu pada penggal kali ini.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Wan Mutalib Embong hari ini sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini, hari ini.

Selain itu dua jawatan tertinggi sayap parti itu yang tiada pertandingan, jawatan seperti Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Ketua dan Pemeriksa Kira-Kira juga tidak dipertandingkan setelah calon jawatan berkenaan berkenaan menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, Nik Mohd Abduh dalam ucapan penangguhan sidang muktamar itu melahirkan rasa terkilannya atas penarikan diri ramai calon dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS pada kali ini.

"Saya melihat pemilihan pada kali ini sudah hilang suasana demokrasi kerana ramai dilihat menarik diri daripada bertanding pada jawatan yang dipertandingkan.

"Ramai pada mulanya dicalonkan untuk bertanding untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pada kali ini yang akan dibawa ke peringkat pusat tetapi satu demi satu menarik diri sehingga tinggal hanya 14 calon sahaja yang bertanding dan dua terpaksa disingkirkan bagi mencukupkan 12 jawatan dalam jawatankuasa.

"Saya bimbang jika ini berterusan amalan demokrasi dalam parti akan hilang dalam PAS ini dan untuk pemilihan seterusnya saya mahukan sekurang-kurangnya lebih daripad 20 orang calon yang dapat bertanding," katanya.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sesi 2017-2019:

PENGERUSI TETAP

Kamal Ashaari, (MTB)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Dr. Riduan Mohd Nor, (MTB)

KETUA

Muhammad Khalil Abdul Hadi (MTB)

TIMBALAN KETUA

Ir Khairil Nizam Khiruddin (MTB)

NAIB KETUA

Ahmad Fadhli Shaari (MTB)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1) Mohd Shahir Abu Hassan (MTB)

2) Muhammad Ali Rajaie Jamaludin (MTB)

Ahli Jawatankuasa

1) Afnan Hamimi Taib Azamuddin : 538 undi

2) Ir Muhtar Suhaili As-Sarawaki : 528 undi

3) Syahir Sulaiman : 482 undi

4) Hazmi Dibok: 476 undi

5) Hishamuddin Abdul Karim : 543 undi

6) Izwan Abdul Halim : 458 undi

7) Nurul Islam Mohamed Yusof : 427 undi

8) Mohammad Arifiriazul Paijo : 429 undi

9) Mohd Akmal Kamaruddin : 462 undi

10) Mohd Hafez Sabri : 506 undi

11) Nor Azariza Mohd Alawi : 494 undi

12) Nazman Che Ibrahim : 418 undi

FOTO Sharul Hafiz Zam

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 12:59 PM