Gambar adalah ihsan APM
Gambar adalah ihsan APM
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Lapan puluh satu penduduk daripada 24 keluarga di Hilir Perak kini berapa di dua pusat pemindahan berikutan banjir di tiga kampung.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Perak, berkata mereka terdiri 37 penduduk daripada daripada 12 keluarga di Kampung Degong, Langkap.

Selain itu, katanya, 24 penduduk daripada lapan keluarga di Kampung Parit 3, Chikus, pula dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Degong.

Katanya, PPS turut dibuka di SK Changkat Jong, pada 12.15 tengah malam tadi.

Ini berikutan Kampung Batu 7, Lorong Mesra, Changkat Jong dinaiki air dan pemindahan membabitkan 20 penduduk daripada empat keluarga.

"Kebanyakan tempat yang dinaiki air adalah disebabkan limpahan air sungai melepasi ban sedia ada.

"JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sedang memantau dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Sehingga ini, semua ban yang rosak tidak dapat dibaiki berikutan kelajuan air yang kuat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerja pembaikan akan dijalankan selepas air surut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 8:43 AM