Pix: TELUK INTAN 03 MEI 2021. Kawasan rumah penduduk di Teluk Intan yang dilanda banjir kilat susulan limpahan air Sungai Batang Padang. NSTP/IHSAN APM.
Pix: TELUK INTAN 03 MEI 2021. Kawasan rumah penduduk di Teluk Intan yang dilanda banjir kilat susulan limpahan air Sungai Batang Padang. NSTP/IHSAN APM.
Noor Hidayah Tanzizi


Teluk Intan: Seramai 40 mangsa yang terjejas akibat banjir di tiga kawasan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Chikus Langkap, di sini, setakat 10 pagi, hari ini, berbanding 24 mangsa daripada sembilan keluarga semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 12 keluarga yang ditempatkan di PPS yang dibuka pada 3 petang, semalam susulan limpahan air Sungai Batang Padang.

"Seramai 40 mangsa membabitkan 12 lelaki, 12 wanita, 13 kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan dipindahkan ke PPS berkenaan.

"Tiga kawasan yang terjejas masih kekal iaitu Parit 3, Chikus, Kampung Batu Pecah, Chikus dan Kampung Belakang Kedai, Degong," katanya.

Menurutnya, setakat ini paras air Sungai Batang Padang surut ke tahap 14.3 meter berbanding 14.50 meter, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Mei 2021 @ 11:28 AM