ANGGOTA APM membuat pemantauan di kawasan yang terjejas banjir. FOTO ihsan APM
ANGGOTA APM membuat pemantauan di kawasan yang terjejas banjir. FOTO ihsan APM
Noor Hidayah Tanzizi


Teluk Intan: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Chikus, Langkap, di sini, yang dibuka sejak Ahad lalu ditutup pagi tadi selepas banjir surut sepenuhnya.

Seramai 40 mangsa daripada 12 keluarga yang terjejas membabitkan Parit 3, Chikus, Kampung Batu Pecah, Chikus dan Kampung Belakang Kedai, Degong yang ditempatkan di PPS itu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengerusi Bencana Daerah Hilir Perak Saidi Shaari berkata, pusat pemindahan berkenaan ditutup pada 9.30 pagi.

"Kawasan berlaku bencana banjir sudah beransur baik dan semua mangsa sudah kembali ke rumah masing-masing dan PPS Dewan Chikus, Langkap ditutup hari ini.

"Terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terbabit dalam menyelia PPS berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hilir Perak berkata, pemantauan mendapati banjir sudah surut sepenuhnya di kawasan rumah penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 12:25 PM