Kuala Lumpur: Pasangan beregu pemusnah menjadi senjata utama buat Petaling Jaya BC menundukkan Klang United BC 14-6 dalam saingan Kopiko Purple League kelmarin.

Pasangan beregu lelaki, Jagdish Singh-Roni Tan dan gandingan beregu campuran, Bodin Isara-Prajakta Sawant belum pernah kalah dalam mana-mana perlawanan di pusingan pertama sebelum ini.

Pada masa sama, Vountus Indramawan Sanku membukikan bahawa dia juga mampu untuk bergandingan dengan mana-mana pemain untuk saingan musim pertama dan kedua. 

Pemain baru pasukan berkenaan, Nichaon Jindapon juga tidak kurang hebat apabila menghadiahkan tiga mata berharga, manakala perseorangan lelaki pertama dan kedua hanya perlu menghadiahkan satu mata setiap seorang bagi membolehkan Petaling Jaya BC menundukkan Klang United BC, seterusnya menduduki tempat kedua liga.

Aksi kelmarin bermula dengan Klang United BC memperoleh kemenangan pertama melalui pemain perseorangan nombor 24 dunia, Simon Santoso yang mengalahkan Woon Kok Hong 11-1, 9-11, 11-10, 11-5.

Bagaimanapun, Bodin-Prajakta berjaya mengimbangi aksi dengan menumpaskan Leong Jun Hao-Lee Meng Yean 6-11, 6-11, 8-11, sebelum Nichaon mengalahkan Yap Yee 11-6,11-4,11-6.

“Saya menyukai format 11 mata, kerana setiap pemain perlu segera meraih mata jika mendapat peluang terhidang. Tidak ada ruang untuk mengejar mata lawan dalam format ini,” kata Nichaon.

Pemain Klang United BC, Derek Wong Zi Liang berjaya mengalahkan pemain veteran dari Malaysia, K. Yogendran Krishnan 11,11-9,11-7,11-7.

Dalam aksi semalam, Muar City BC yang mengungguli tangga teratas mengalahkan Kajang BC 15-5.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 6:04 AM