GUO Quan tolak jawatan ketua jurulatih perseorangan.
GUO Quan tolak jawatan ketua jurulatih perseorangan.
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Jurulatih China He Guo Quan menolak pelantikannya sebagai ketua jurulatih perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mahu membuat penstrukturan semula bidang kuasa jurulatih, semalam.

Bekas jurulatih Lin Dan itu dikhabarkan bertemu dengan pihak pengurusan termasuk Pengarah Kejohanan BAM, Dr Koay Ban Hing kelmarin untuk menolak tawaran itu walaupun dalam tempoh sementara.

"Saya difahamkan jurulatih dari China itu menolak untuk memegang jawatan berkenaan dengan alasan bahawa dia sebelum ini diarahkan untuk melatih pemain pelapis," kata sumber dalaman BAM.

Jelasnya, perkara itu jelas memalukan Presiden Tengku Mahaleel Tengku Ariff (gambar) kerana membuat keputusan berkenaan termasuk memberikan tugas sama kepada Jeremy Gan sebagai ketua jurulatih beregu.

"Sekarang hendak buat macam mana lagi. Sebelum ini cakap tunggu sehingga Morten Frost Hansen (pengarah teknikal) datang untuk melakukan perubahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:10 AM