Sampel air dari ladang ternakan ayam diambil untuk ujian makmal. - Foto Ihsan Sukarelawan Perikanan (SUPER)
Sampel air dari ladang ternakan ayam diambil untuk ujian makmal. - Foto Ihsan Sukarelawan Perikanan (SUPER)
Rosman Shamsudin


Slim River : Seramai 20 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan melakukan operasi di kawasan penternakan ayam bagi mengenal pasti punca pencemaran Sungai Bernam dekat sini, semalam.

Operasi itu membabitkan Jabatan Perikanan Daerah dan Negeri Perak, Penguatkuasaan Perikanan Manjung, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Vetarinar Perak, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Mereka meninjau kawasan saluran pembuangan sisa di ladang ayam dan mengambil sampel air untuk ujian makmal.

Pemeriksaan dijalankan bagi mencari punca pencemaran Sungai Bernam yang kerap berlaku kebelakangan ini mengakibatkan ribuan ikan mati sehingga menjejaskan pendapatan nelayan sungai.

Sungai itu juga membekalkan air kepada penduduk di zon utara Hulu Selangor bersempadan dengan Behrang, Perak.

Sementara itu, Setiausaha MDTM Siti Azura Juki ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya bersama agensi kerajaan melakukan pemeriksaan di ladang ternakan ayam berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 10:28 AM