Datuk Abd Latif Bandi dibaw masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
Datuk Abd Latif Bandi dibaw masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Exco Johor, Datuk Abd Latiff Bandi tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan rasuah.

Abd Latiff bersama seorang lagi individu dilihat menaiki sebuah kenderaan dengan berpakaian lokap SPRM sebelum diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk ke dalam mahkamah kira-kira 9.20 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas sebulan dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM200,000 pada 16 Mac lalu.

Turut kelihatan di perkarangan mahkamah penyokong dan ahli keluarga Abd Latiff yang berkumpul sejak 8 pagi.

Isu skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini hangat apabila Exco berkenaan ditahan SPRM pada 9 Mac lalu, bagi membantu siasatan selepas tujuh individu ditahan SPRM, termasuk anak dan pegawai khas Abd Latif.

Dalam kenyataan media sebelum ini, SPRM berkata siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 9:48 AM