AHMED menunjukkan tin Coca-Cola baru. FOTO Eizairi Shamsudin
AHMED menunjukkan tin Coca-Cola baru. FOTO Eizairi Shamsudin
Syarifah Dayana Syed Bakri


Kuala Lumpur: Coca-Cola akan memperkenalkan resipi baru bagi varian tanpa gulanya iaitu Coca-Cola Zero Sugar yang sebelum ini dikenali sebagai Coca-Cola Zero.

Varian berkenaan akan mula berada di pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei pada Mei ini serentak dengan pengenalan imej baru Coca-Cola yang menampilkan konsep Satu Jenama.

Pengurus Negara, Malaysia/Singapura/Brunei, Coca-Cola Far East Limited, Ahmed Yehia berkata, Coca-Cola Zero Sugar mempunyai rasa hampir sama dengan Coca-Cola Klasik namun, ia tidak mengandungi gula.

“Kami menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan resepi baru Coca-Cola Zero Sugar kerana kami percaya ramai penggemar Coca-Cola mahu mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka,” katanya dalam temu bual dengan Bisnes Metro.

Melalui inisiatif Satu Jenama ini, semua varian Coca-Cola akan menggunakan logo dan warna merah yang sinonim dengan jenama Coca-Cola namun, disuntik sedikit perubahan untuk membezakan varian yang ditawarkan sama ada Coca-Cola Klasik, Light, Zero Sugar atau Vanilla.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 4:54 PM