BURUNG merak disusun selepas dibungkus dengan  beg plastik. - Daily Mail
BURUNG merak disusun selepas dibungkus dengan beg plastik. - Daily Mail

Beijing: Sekumpulan penternak burung merak dirakam menggunakan beg plastik untuk membungkus burung berkenaan di Xiangyang, wilayah Hubei pada 12 April lalu.

Mereka dilaporkan menggunakan beg plastik itu untuk memastikan haiwan berkenaan selamat ketika proses pemindahan.

Mereka dipercayai bimbang bulu merak itu luruh atau haiwan itu mati akibat tertekan ketika dipindahkan.

Mereka turut menggunakan pita pelekat untuk membungkus kaki burung berkenaan selain memastikan beg plastik digunakan untuk membalut haiwan itu tidak terlurut.

Kumpulan itu mendakwa kaedah itu juga menjimatkan kos.

Bulu merak yang berwarna terang mudah tercabut untuk membolehkan haiwan itu melarikan diri jika diserang.

Merak jantan menggunakan kecantikan bulu mereka untuk menarik pasangan manakala yang betina berwarna kusam sebagai perlindungan terutama ketika mengeram telurnya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2017 @ 8:46 AM