Anggota polis memeriksa wanita warga asing yang ditahan. FOTO ihsan polis
Anggota polis memeriksa wanita warga asing yang ditahan. FOTO ihsan polis
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Polis menahan 41 individu termasuk 36 wanita warga asing dalam serbuan di sebuah pusat spa di Bandar Seri Alam, Masai, di sini, tengah malam tadi.

Serbuan pada 12.30 tengah malam itu dijalankan anggota Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dalam usaha membanteras kegiatan maksiat dan pemerdagangan orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang ditahan termasuk penjaga premis berusia antara 18 hingga 37 tahun.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, 18 wanita warga Vietnam, Thailand (10), Indonesia (empat) dan Laos (empat)," katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut dirampas 24 keping kondom, pelincir KY dan kertas dipercayai tercatat senarai langganan khidmat seks.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 55B (1) dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 1:25 PM