SUSPEK (tengah) ditahan untuk siasatan lanjut. FOTO ihsan Polis
SUSPEK (tengah) ditahan untuk siasatan lanjut. FOTO ihsan Polis
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuching: Lelaki ditahan kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap polis menerusi Facebook (FB), hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini pada 1 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati kenyataan jelik itu dimuat naik kerana suspek tidak berpuas hati disaman polis atas kesalahan memandu tanpa lesen di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, baru-baru ini.

"Susulan daripada laporan yang diterima, polis mengesan suspek dan menahannya untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang bekerja sebagai pekerja kontrak disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 3:44 PM