Jaclyn Victor
Jaclyn Victor
Oleh Michelle Gun


Selepas hampir 11 tahun mencipta nama dalam industri muzik tanah air, impian Jaclyn Victor untuk menghasilkan album Inggeris akhirnya tercapai.

Album diberi judul Unleashed itu memuatkan enam lagu termasuk bonus track Magical Moment dendangan Jaclyn bersama Az Yet.

Proses 'mastering' dan adunan album berkenaan dilakukan di Los Angeles, Amerika Syarikat oleh Herbs Power, Gregg Sartiano dan Rob Chiarelli.

Mesra dengan panggilan Jac, penyanyi berusia 36 tahun itu melihat album terbitan KRU Music berkenaan sebagai permulaan untuk menempa nama di pasaran antarabangsa.

"Hasrat menghasilkan album bahasa Inggeris sudah lama diimpikan selepas me­nyertai Malaysian Idol pada 2004," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:01 AM