FENIX 5
FENIX 5
FENIX 5 SAPPHIRE
FENIX 5 SAPPHIRE
FENIX 5X SAPPHIRE
FENIX 5X SAPPHIRE
Wan Nur Ameera Meor Rozman

Garmin memperkenalkan Siri fenix 5 baru, jam tangan pintar dengan ciri GPS untuk pelbagai tujuan termasuk melakukan aktiviti kecergasan, kembara dan sesuai untuk digayakan.

fenix 5 terdiri daripada lima model yang berlainan merangkumi fenix 5, fenix 5 Sapphire, fenix 5S, fenix 5S Sapphire dan fenix 5X.

Bercirikan tahan lasak, siri ini direka untuk pengembara, atlet, peminat sukan dan pengguna yang mementingkan prestasi.

Ia dimuatkan dengan pemetaan topografik (TOPO), peta berbasikal dan ciri-ciri navigasi seperti Round Trip Run dan Round Trip Ride.

Dalam memastikan tahap pembacaan skrin yang bagus dalam persekitaran berbeza, siri fenix 5 ini berupaya memaparkan maklumat melalui Garmin Chroma Display, yang lebih terang, beresolusi tinggi dan penuh warna, ditambah pula dengan lampu belakang LED.

Sama seperti jam tangan pintar Garmin yang lain, siri fenix 5 dilengkapi Garmin Elevate, iaitu teknologi pengesanan degupan jantung yang memberikan pengguna pemantauan kadar degupan jantung pada pergelangan tangan tanpa memerlukan pengikat dada.

Antara ciri lain yang terdapat pada siri ini adalah Training Effect, Training Status, VO2 max, HRM-Run, UltraTrac dan ia boleh dipadankan dengan aplikasi Face It.

Dicipta lebih ringan, reka bentuk anggun dan saiz kecil daripada dua model fenix 5 yang sebelumnya, fenix 5S yang berdiameter 42mm sesuai untuk pengguna wanita yang mementingkan keterampilan.

Siri ini dijual pada harga antara RM2,899 hingga RM3,399.

INFO

FENIX 5

• Harga: RM 2,899

• Resolusi: 218 x 218

• Saiz: 42mm

• Lensa: Kaca atau Kristal Sapphire

• QuickFit Watch Bands: 20mm

• Hayat bateri: 14 jam hingga 9 hari

FENIX 5 SAPPHIRE

• Harga: RM3,149

• Resolusi: 240 x 240

• Saiz: 47mm

• Lensa: Kaca atau Kristal Sapphire

• QuickFit Watch Bands: 22mm

• Hayat bateri: 24 jam hingga 2 minggu

FENIX 5X SAPPHIRE

• Harga: RM3,399

• Resolusi: 240 x 240

• Saiz: 51mm

• Lensa: Kristal Sapphire

• QuickFit Watch Bands: 26mm

• Hayat bateri: 20 jam hingga 12 hari

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 11:16 AM