FENIX 5
FENIX 5
Afiq Hanif


April lalu, Garmin melancarkan Siri Fenix 5 baru yang merangkumi Fenix 5, Fenix 5 Sapphire, Fenix 5S, Fenix 5SSapphire dan Fenix 5X.

Untuk memberi keceriaan kepada penggunanya, Garmin kini tampil dengan warna baru untuk rangkaian Fenix 5S, khusus untuk pasaran Asia Tenggara saja.

Direka khas untuk wanita yang bergaya dan aktif, kini pengguna boleh mendapatkan koleksi jam pintar GPS ini dalam warna pastel premium iaitu Rose Goldtone, Frost Blue dan Pink Meringue

FENIX 5

• HARGA: Bermula RM3,149 hingga RM3,499

• SAIZ: 42 x 42 x 15 mm

• KADAR AIR: 10 ATM

• MEMORI: 64MB

• RESOLUSI: 218 x 218 piksel

• HAYAT BATERI: Sehingga 9 hari

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 1:16 PM