PENGALAMAN jatuh bangun dilalui buatkan Fasha lebih matang dari segi peribadi dan kerjaya.
PENGALAMAN jatuh bangun dilalui buatkan Fasha lebih matang dari segi peribadi dan kerjaya.

Sepanjang 12 tahun mencanai bakat sebagai anak seni, Fasha Sandha bersyukur apabila masih diterima baik peminat walaupun pernah menyepi seketika daripada bidang lakonan.

Fasha, 33, berkata, tahun ini diibaratkan sebagai tahun yang baik buatnya 2017 kerana rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih relevan selepas mengharungi perjalanan seni yang panjang selama 12 tahun sebagai pelakon.

“Sukar untuk jelaskan puncanya, tetapi saya percaya berkat disiplin dan kerja keras serta sokongan peminat membuatkan saya berdiri teguh di sini.

“Apa yang terjadi pada masa silam tidak membuatkan saya lemah, malah menjadikan saya kuat di samping anak tersayang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2017 @ 3:36 AM