EMMA Maembong. FOTO Aziah Azmee
EMMA Maembong. FOTO Aziah Azmee
Rudy Imran Shamsudin

Sebagai pelakon berhijab, apabila bekerja banyak perkara yang perlu difikirkan terutama dalam menjaga tertib dan aurat sebagai Muslimah.

Namun begitu, apabila menjayakan karya dan mahu menghidupkan watak, ada ketika tertib yang dijaga terlepas pandang dan sebaik drama mahupun filem dibintangi itu menjadi tatapan umum, ia mendapat teguran dan komen penonton.

Ada juga komen mahupun teguran diberi itu bunyinya kasar dan boleh menjatuhkan maruah, dan situasi itu pernah dilalui pelakon popular, Emma Maembong, 25.

Ditemui dalam sesi fotografi khas diatur, Emma atau Fatimah Rohani Ismail sedia berkongsi pandangan mengenai situasi yang pernah dialaminya.

Mula bertudung pada 2014, Emma akui ada ketika sikap keterlaluan peminat yang mencemuh menerusi laman sosial membuatkan dia berasa sedih.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 5:58 AM