GAMBAR terkini Emma Maembong dan Syed Abdullah yang tular di media sosial.
GAMBAR terkini Emma Maembong dan Syed Abdullah yang tular di media sosial.
Sudirman Mohd Tahir


LELAKI yang dikaitkan dengan pelakon Emma Maembong iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menafikan dirinya punca aktres itu membuka tudung.

Syed Abdullah, 30, yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dilemparkan pengguna laman sosial.

Menjawab kepada beberapa komen pengikutnya di laman Instagram, Syed Abdullah turut berterima kasih atas teguran diberikan.

"Apabila seribu komen mencari jalan untuk menjatuhkan, satu komen mengingatkan anda bahawa ada orang yang taat. Terima kasih atas teguran. Saya sangat hargai komen ini.

"Saya kecewa dengan tuduhan orang mengatakan saya adalah penyebabnya. Saya terima semua ini sebagai cabaran," tulisnya.

STATUS terkini yang dimuat naik Syed Abdullah di Instagram. FOTO Instagram Syed Abdullah
STATUS terkini yang dimuat naik Syed Abdullah di Instagram. FOTO Instagram Syed Abdullah

Sebelumnya, Syed Abdullah memuat naik status berupa madah daripada Doug Cooper iaitu 'A major life decision is never a choice but rather a realization that the decision has already been made'.

Status itu mendapat lebih 500 komen yang kebanyakannya menuding jari kepada dirinya.

Semalam, Emma mengesahkan dia membuka tudung selepas empat tahun tampil dengan imej muslimah.

Sebelum ini, nama Syed Abdullah hangat diperkatakan selepas tersebarnya gambar mereka berdua yang memaparkan Emma membuka tudung.

Sejak itu, timbul persoalan mengenai hubungan terjalin antara mereka ekoran beberapa gambar intim yang tular.

Berita berkaitan

'Ini kehendak saya' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 3:31 PM