PENDUDUK Makassar menggunakan rakit untuk menyeberangi sungai di Jalan Raya Barombong, Tamalate, Sulawesi Selatan.
PENDUDUK Makassar menggunakan rakit untuk menyeberangi sungai di Jalan Raya Barombong, Tamalate, Sulawesi Selatan.

Makassar: Badan Pengurusan Bencara Daerah (BPBD) Makassar mengarahkan orang ramai bersiap sedia menghadapi banjir ekoran hujan lebat yang terus melanda kota itu sejak beberapa hari lalu.

Ketuanya, Muhammad Ismounandar berkata, maklumat dikumpul Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik menunjukkan, hujan lebat dan angin kencang akan melanda Makassar sehingga lusa.

“Ketika ini beberapa kawasan dinaiki air seperti di Kompleks Swadaya di Jalan Abdullah Daeng Sirua, Kompleks Kodam III Paccerakkang dan Kompleks Perumnas Blok 10 Antang dengan di sesetengah tempat kedalamannya sudah mencapai satu meter,” katanya.

Menurut Muhammad Ismounandar, BPBD Makasssar memulakan proses pemindahan orang ramai sejak kelmarin.

Katanya, BPBD Makasssar juga bekerjasama dengan pelbabagi jabatan untuk menguruskan bencana di daerah terbabit.

Sementara itu Timbalan Datuk Bandar Makassar, Syamsu Rizal meluangkan masa mengunjungi pusat pemindahan banjir kelmarin.

Tempat yang dikunjunginya ialah Jalan Swadaya di Batua, daerah Manggala.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 5:06 AM