Mangsa banjir di di Kampung Tubuh Panchor Bagan Serai, Perak, Musa Nusi (kiri) memindahkan barang keluar dari rumahnya. - Foto L  MANIMARAN
Mangsa banjir di di Kampung Tubuh Panchor Bagan Serai, Perak, Musa Nusi (kiri) memindahkan barang keluar dari rumahnya. - Foto L MANIMARAN
BERNAMA

Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 293 orang daripada 69 keluarga setakat 6.30 petang hari ini, berbanding 279 orang daripada 65 keluarga pada sebelah pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan hari ini, berkata tiga pusat pemindahan masih dibuka di daerah Larut Matang dan Selama serta Kerian.

“Terdapat pertambahan bilangan mangsa di daerah Kerian iaitu di Dewan Orang Ramai Lalang seramai 108 mangsa daripada 29 keluarga.

“Di Dewan Orang Ramai Kampung Alor Setanggok, 89 mangsa daripada 17 keluarga," menurut kenyataan itu.

Di daerah Larut, Matang dan Selama pula, 96 penduduk daripada 23 keluarga masih ditempatkan di surau Kelip-kelip Kampung Dew.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 7:24 PM