PPM Wilayah Dua menahan 20 PATI termasuk seorang tekong dan pembantunya ketika mahu keluar dari negara ini menggunakan laluan tidak sah di perairan Pulau Kukup. FOTO ihsan polis marin
PPM Wilayah Dua menahan 20 PATI termasuk seorang tekong dan pembantunya ketika mahu keluar dari negara ini menggunakan laluan tidak sah di perairan Pulau Kukup. FOTO ihsan polis marin
Izlaily Nurul Ain Hussein


Pontian: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia di Pulau Kukup, di sini, awal pagi tadi.

Dalam tangkapan 4.45 pagi itu, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang tekong bot dan seorang pembantu, 13 lelaki serta lima wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun.

Komander PPM Wilayah Dua Johor Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, ketika PPM Kukup menjalankan tugas Op Gelora di lokasi berkenaan, sebuah bot ronda dengan empat anggota mengejar dan menahan sebuah bot pancung yang dilihat menuju ke Pulau Karimon, Indonesia.

"Hasil pemeriksaan mendapati PATI itu hendak pulang melalui laluan yang tidak diwartakan.

"Daripada soal siasat yang dijalankan, tekong bot memberitahu dia membawa keluar semua PATI itu dari Sungai Penerok menuju ke Pulau Karimon," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah bot pancung, enjin, pasport Indonesia yang sudah tamat tempoh dan dua telefon bimbit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2017 @ 6:59 PM