KERETA yang dipandu suspek terkandas selepas merempuh lebih 10 kereta. FOTO Fardy Bungga
KERETA yang dipandu suspek terkandas selepas merempuh lebih 10 kereta. FOTO Fardy Bungga
Fardy Bungga

Brickfields: Umpama aksi dalam filem J Evolusi apabila seorang penjenayah yang dikejar polis nekad merempuh 10 kenderaan dalam usaha meloloskan diri.

Suspek berusia 46 tahun itu yang juga pengedar dadah melarikan diri ketika melalui pemeriksaan polis di Jalan Syed Putra, di sini.

Namun usaha suspek meloloskan diri tidak kesampaian apabila kenderaan dipandu merempuh Proton Waja menyebabkan kenderaan itu tersekat akibat kerosakan tayar hadapan.

Difahamkan polis mengejar suspek sejauh lebih lima kilometer sehingga ke Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sebelum menahannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata, suspek yang memandu Toyota Camry mulanya ditahan dalam sekatan jalan raya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 8:26 AM