KERIANGAN kanak-kanak menjadi penyebab utama Hisyam untuk meneruskan hobinya.
KERIANGAN kanak-kanak menjadi penyebab utama Hisyam untuk meneruskan hobinya.
PELANGGAN Hisyam yang gembira dengan perkhidmatannya sebagai badut.
PELANGGAN Hisyam yang gembira dengan perkhidmatannya sebagai badut.
 HISYAM menjadi maskot watak animasi Spongebob Squarepants sempena majlis hari jadi.
HISYAM menjadi maskot watak animasi Spongebob Squarepants sempena majlis hari jadi.
BERSAMA rakan-rakan seperjuangannya yang turut mempunyai hobi dan kerjaya sama.
BERSAMA rakan-rakan seperjuangannya yang turut mempunyai hobi dan kerjaya sama.
MENGGEMBIRAKAN kanak-kanak dengan menjadi badut memberi kegembiraan kepadanya.
MENGGEMBIRAKAN kanak-kanak dengan menjadi badut memberi kegembiraan kepadanya.
HISYAM
HISYAM
Fatin Farhana Japre


Tugasnya menceriakan dan menghidupkan suasana meriah dalam sesuatu majlis mungkin nampak mudah, hakikatnya tidak ramai tahu kesukaran dialami golongan yang bergelar ‘badut’ ini.

Kemungkinan penonton ketawa kerana terhibur dengan persembahan badut dan tidak mustahil juga mereka ‘ketawa’ kerana persembahan yang hambar.

Namun, inilah hobi Mohamad Hisyamuddin Hamzah, 23, atau lebih mesra dipanggil Hisyam sejak lima tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa. Hisyam bukan saja boleh beraksi sebagai badut bahkan handal sebagai ahli silap mata.

Menurut anak kelahiran Johor ini, dia bermula dengan hobi menjadi ahli silap mata sebelum berjinak-jinak menjadi badut dengan niat menghiburkan kanak-kanak.

“Pada usia 14 tahun, saya belajar teknik silap mata menerusi YouTube dan berkongsi minat bersama rakan di sekolah. Bakat saya diketahui oleh guru dan saya dijemput untuk membuat persembahan di sekolah. Sebaik saja tamat tingkatan lima, saya menggunakan bakat yang ada untuk menjadi ahli silap mata di tempat tumpuan pelancong sekitar Johor Bahru untuk menjana pendapatan sampingan.

“Namun, hobi saya mula bertukar menjadi badut sepenuh masa pada usia 19 tahun kerana ramai orang yang bertanyakan mengenai perkhidmatan ini selain menjadi ahli silap mata.

“Bagi saya, tidak salah mencuba perkara baru walaupun ramai yang melemparkan kata-kata negatif apabila tahu mengenai hobi baru saya ini,” katanya yang ketika itu bekerja dengan sebuah syarikat swasta.

Menurutnya, dia mengambil langkah bijak memilih hobi ‘kedua’ sebagai badut kerana bukan saja mampu menjana pendapatan lumayan malah dapat berbakti dengan menggembirakan kanak-kanak di majlis keraian, rumah anak yatim dan hospital.

“Walaupun saya ahli silap mata, saya hanya ada teknik asas menghiburkan penonton dan perlu mengikuti kelas belajar memintal belon selama dua bulan. Tidak sangka selepas sebulan mengiklankan perkhidmatan saya sebagai ahli silap mata dan badut di Instagram (@Echam_magika), banyak permintaan untuk perkhidmatan badut sehingga tidak menang tangan.

“Setiap persembahan yang saya lakukan amat bermakna terutama membabitkan anak yatim, kanak-kanak pesakit kanser dan mereka yang kurang bernasib baik. Kebiasaannya sebelum ‘bersiap’, saya akan melawat dulu kanak-kanak terbabit dan mereka kelihatan tidak bermaya. Tetapi kehadiran saya sebagai badut dapat mengukir senyuman di wajah mereka,” kata anak ketiga daripada enam beradik ini.

Kata Hisyam lagi, dia nekad berhenti kerja dan fokus terhadap kerjayanya sebagai badut dan ahli silap mata selepas mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun lalu serta mendaftar syarikat sendiri dengan nama Champ Event & Entertainment.

“Kini saya mempunyai empat pekerja yang berkebolehan menjadi badut dan ahli silap mata memandangkan dalam tempoh seminggu saya menerima empat tempahan untuk majlis hari jadi sehingga ke Singapura.

“Kami menerima tempahan untuk semua majlis dari dalam dan luar negara mengikut pakej dengan harga serendah RM300. Perkhidmatan yang kami sediakan juga antara paling terbaik kerana sudah menghiburkan orang ramai bagi lebih 2,000 majlis.

“Bagi remaja yang berminat dan mahu menjana pendapatan sampingan lumayan, mereka boleh mendapatkan khidmat saya untuk belajar teknik asas sekali gus bekerja di bawah syarikat saya.

“Semua orang boleh berjaya asalkan rajin dan tanam niat ikhlas untuk berbakti kepada orang ramai dengan menggembirakan hati mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 9:08 PM