GAMBAR ini dirakamkan pada 31 Julai 2106 yang memaparkan pesilat PSSGM dari Perancis, Stephen Leplus berlatih di Wisma Gayong, Ampang. FAIL Saddam Yusoff
GAMBAR ini dirakamkan pada 31 Julai 2106 yang memaparkan pesilat PSSGM dari Perancis, Stephen Leplus berlatih di Wisma Gayong, Ampang. FAIL Saddam Yusoff
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur : Seni silat yang menjadi warisan sejak turun temurun perlu lebih dekat dan menjiwai orang muda supaya lebih dirasai sebagai benteng negara.

Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata menerusinya, semangat perjuangan generasi terdahulu dapat disuntik kembali kepada pelapis pimpinan negara.

Katanya, ketika ini fokus pertubuhan bukan lagi kepada penguasaan ilmu seni silat semata-mata tetapi sejauh mana ia diterima dan dimanfaatkan generasi baru.

"Saya berharap ahli pertubuhan dapat memberikan fokus kepada ketahanan jati diri warisan kita yang dilihat mula diganggu anasir luar sehingga melemahkan anak bangsa," katanya selepas Mesyauarat Beradat PSSGM di Wisma Gayong, hari ini.

Pada mesyuarat berkenaan, beliau dipilih menjadi pengerusi dengan dibantu pengerusi adat di peringkat negeri seluruh negara bagi penggal 2017-2019.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 9:45 PM