T Subromaniam. FOTO arkib NSTP
T Subromaniam. FOTO arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pematuhan/Penguatkuasaan), Datuk T Subromaniam dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baru menggantikan Datuk Seri Khazali Ahmad berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, beliau percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti dimiliki Subromaniam dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan selain meneruskan visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menyediakan perkhidmatan kastam bertaraf dunia.

Beliau berkata, pihak kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Khazali di atas segala sumbangan dan bakti kepada perkhidmatan awam selama lebih 36 tahun.

"Subromaniam berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pentadbiran, pengurusan cukai dan penguatkuasaan malah, pernah menjawat pelbagai jawatan dalam JKDM," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Subromaniam, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Nukleur (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaaan (Kewangan) daripada University of New Hampshire, Amerika Syarikat.

Ali berkata, Subromaniam menyertai perkhidmatan awam sebagai Penguasa Kastam pada 29 Julai 1984 dan sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 4:41 PM