PENDATANG Rohingnya diarah turun dari trak berkenaan di daerah Tak Bai, Narathiwat, awal  pagi semalam.  - Bangkok Post
PENDATANG Rohingnya diarah turun dari trak berkenaan di daerah Tak Bai, Narathiwat, awal pagi semalam. - Bangkok Post

Narathiwat: Seorang pemandu lori dan anaknya ditangkap kerana membawa 27 pendatang tanpa izin Rohingya dari Bangkok ke wilayah ini sebelum mereka akan menyelinap masuk ke Malaysia untuk bekerja.

Etnik Rohingnya dari Myanmar itu ditemui di belakang lori berkenaan di pusat pemeriksaan Ban Khok Mafueng di daerah Tak Bai kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Pemandu berusia 43 tahun itu berkata, lori itu milik majikannya yang tidak mengetahui perbuatannya.

Menurutnya dia diupah 30,000 baht (RM3,800) untuk perjalanan berkenaan dan pernah melakukannya tiga kali sebelum ini.

Seorang pendatang Rohingya itu yang bercakap menerusi jurubahasa berkata, mereka memasuki Thailand dari Myanmar menerusi Mae So dan membayar 15,000 baht (RM1,540) seorang kepada penyeludup yang akan membawa mereka masuk ke Malaysia, termasuk menaiki bot di daerah Waeng ke Kelantan. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 7:08 AM