ROBBEN menewaskan penjaga gol Arsenal David Ospina.
ROBBEN menewaskan penjaga gol Arsenal David Ospina.
AFP

London: Arsene Wenger mengakui beliau berada dalam keadaan amat sukar selepas Arsenal tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dengan kekalahan memalukan di tangan Bayern Munich, awal pagi semalam.

Skuad Wenger berdepan kekalahan terbesar di tempat sendiri buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun apabila Bayern menang 5-1 sekali gus melangkah ke suku akhir menerusi agregat 10-2.

Ia saat menyedihkan buat Wenger yang sekali lagi menjadi sasaran penyokong yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Laungan untuk Wenger berbuat demikian sudah kedengaran sebelum sepak mula di Stadium Emirates.

Wenger pula mendakwa pengadil membuat keputusan yang tidak tepat sekali gus menafikan peluang pasukannya untuk bangkit melawan selepas jaringan Theo Walcott berjaya disamakan Robert Lewandowski menerusi penalti.

Namun melihat kepada aksi sambil lewa anak buahnya yang melepaskan empat gol mudah kepada lawan, mengundang ejekan yang bukan sedikit kepada Wenger dan ia petanda yang tidak baik buat pengendali dari Perancis itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 5:07 AM