POLIS Afghan berkawal berhampiran lokasi letupan di Kabul. FOTO AFP
POLIS Afghan berkawal berhampiran lokasi letupan di Kabul. FOTO AFP


Kabul: Sekumpulan lelaki bersenjata, termasuk seorang yang berpakaian seperti doktor, menyerang hospital tentera, di sini hari ini.

Terdahulu, satu letupan dikatakan berlaku di Hospital Sardar Mohammad Daud Khan itu.

Hospital 400 katil itu kini dikepung anggota keselamatan.

Petugas, Abdul Qadir memberitahu Reuters, dia melihat seorang lelaki bersenjata yang berpakaian seperti doktor melepaskan tembakan dengan raifal AK-47, menyebabkan seorang pesakit dan seorang kakitangan hospital terbunuh.

Dia juga mendakwa mendengar tembakan dari beberapa penjuru lain di hospital itu.

Ketika ini tidak banyak maklumat diperoleh mengenai apa yang berlaku di dalam hospital yang digunakan untuk merawat anggota tentera yang cedera dari seluruh Afghanistan.

Serangan itu berlaku seminggu selepas puluhan orang terbunuh atau cedera dalam serangan terhadap sebuah balai polis dan sebuah pejabat perkhidmatan perisikan di Kabul.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 2:37 PM