ANTARA pejuang Taliban yang mengawal lokasi kejadian. FOTO EPA
ANTARA pejuang Taliban yang mengawal lokasi kejadian. FOTO EPA
AFP

Kabul: Seorang komander kanan Taliban menjadi antara mangsa yang terbunuh dalam serangan militan Daish di sebuah hospital, kata pihak berkuasa pada Rabu.

Hamdullah Mokhlis, ahli kepada jaringan Haqqani dan pegawai di pasukan khas Badri, adalah individu paling berprofil tinggi, yang terbunuh serangan sejak Taliban menguasai Afghanistan.

"Apabila beliau (Hamdullah) menerima laporan bahawa hospital berkenaan diserang, beliau bergegas ke lokasi," kata media rasmi Taliban.

Hamdullah kemudian disahkan meninggal dunia selepas bertempur dengan penyerang di hospital berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam serangan di sebuah hospital tentera di sini.

Ia dipercayai didalangi militan Daesh-Khorasan (IS-K)

Serangan bermula apabila pengebom berani mati meletupkan bom berhampiran dengan pintu masuk sebelum lelaki bersenjata memasuki laman hospital itu.

Sebagai tindak balas, helikopter Taliban dihantar ke lokasi dan anggota pasukan diturunkan di bumbung hospital berkenaan.

Dalam pada itu, saksi kejadian memberitahu AFP bahawa selepas mengedar bunyi tembakan, pesakit dan doktor bersembunyi di tingkat paling atas hospital itu.

Sementara itu, kenyataan dari saluran Telegram IS-K menyatakan "lima pejuang melancarkan serangan secara serentak di lokasi berkenaan".

Taliban pula menyatakan bahawa pihaknya berjaya mengawal keadaan dalam tempoh 15 minit susulan tindak balas pantas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 3:23 PM