SEPANG 01 MARCH 2017. Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud melambai tangan ketika menaiki pesawat selepas mengadakan lawatan negara selama empat hari di Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA). NSTP/ASYRAF HAMZAH
SEPANG 01 MARCH 2017. Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud melambai tangan ketika menaiki pesawat selepas mengadakan lawatan negara selama empat hari di Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). NSTP/ASYRAF HAMZAH
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Lawatan Raja Arab Raja Salman Abdulaziz Al-Saud baru-baru ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam strategi pembangunan produk dan barangan halal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga dua rakan dagang pertama serta kedua Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat berminat untuk membangunkan ekosistem halal.

"Justeru, lawatan rasmi Raja Arab Saudi dapat dimanfaatkan secara optimum berdasarkan kepada strategi pembangunan ekonomi baru yang tidak lagi hanya tertumpu kepada sektor minyak dan gas semata-mata tetapi persetujuan yang dicapai di Malaysia dalam pembangunan produk dan barangan halal," katanya dalam satu kenyataan yang selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Halal Malaysia yang pertama di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu antara lain menetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sekretariat tetap kepada Majlis Halal Malaysia.

Katanya, Bahagian Hab Halal JAKIM yang berfungsi dalam pelaksanaan pensijilan halal Malaysia akan dimantapkan dengan beberapa agensi lain melalui kaedah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 2:16 PM