Sultan Nazrin menyampaikan Ijazah Kehormat PhD kepada Raja Salman malam tadi. FOTO Khairull Azry Bidin
Sultan Nazrin menyampaikan Ijazah Kehormat PhD kepada Raja Salman malam tadi. FOTO Khairull Azry Bidin
Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (UM) malam ini.

Istiadat Konvokesyen Khas bagi penganugerahan ijazah kehormat kepada Penjaga Dua Masjid Suci itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Canselor UM di Dewan Tunku Canselor.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Naib Canselor UM Prof Tan Sri Dr Mohd Amin Jalaluddin.

Penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Raja Salman dalam pembangunan umat dan kemanusiaan sejagat sepanjang dua tahun pemerintahan baginda.

Majlis itu diadakan sempena lawatan negara empat hari Raja Salman ke Malaysia, lawatan pertama baginda ke negara ini sejak menaiki takhta pada 23 Januari 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2017 @ 10:12 PM