M Ishak ketika dirawat di Hospital Tan Tong Seng Singapura
M Ishak ketika dirawat di Hospital Tan Tong Seng Singapura
Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Penyanyi popular era 1960-an M Ishak meninggal dunia pada usia 72 tahun di hospital di Singapura akibat barah paru-paru, 11.30 malam tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Singapura selepas solat Jumaat hari ini.

Harian Metro pada 1 Februari lalu melaporkan M Ishak atau nama sebenarnya Mohamed Ishak Shaik Mohamed yang popular dengan lagu Yale Yale dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng, Singapura.

Anak sulungnya, Mohd Nazaruddin, 43, berkata, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit selepas pulang dari mengadakan persembahan di Kajang, Selangor pada 31 Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 10:19 AM