Perpisahan sangat menyakitkan dan hakikat itu diakui penyanyi bersuara hebat, Ailee. Bahkan, dia nekad untuk tidak kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya.

Perkara itu dikongsi Ailee ketika menjayakan program radio Choi Hwa Jung’s Power Time, baru-baru ini.

Menurut Ailee, tiada kenangan manis apabila berbicara mengenai kisah cintanya sebelum ini malah hanya menganggap mereka sebagai kawan.

“Perasaan saya serta-merta hilang terhadap mereka. Bagi saya mereka tidak lebih daripada kawan.

“Mungkin kerana tidak mencintai mereka sepenuh hati,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 5:03 AM